Monday, April 19, 2010

Dulu & Kini

SAYANG...Tika dulu, aku sering menagis kerana merinduimu...Rasa rindu yang tak bertepi...Rasa itu menusuk ke dalam kalbuku...Sering aku bertanya...Adakah kau dicipta buatku...Kerna aku tak sanggup kehilanganmu...Walaupun kau tak pernah menjadi milikku...SAYANG...Tika dulu aku sering menangis kerana mencintaimu...Bukan kerana memiliki perasaan suci itu aku menangis...Aku menangis kerana takut kau tolak perasaanku itu...Sering aku berdoa...Agar aku dicipta buatmu...Agar Tuhan satukan hati kita...Aku juga sering berdoa...Agar Tuhan jauhkan kekecewaan dariku...Agar Tuhan kuatkan iman ku...Jika..takdir itu bukan untuk kita...Kerna..hanya Dia Yang Maha mengetahui apa isi hatiku...SAYANG...Suatu hari kau pulang dari jauh...Aku menangis kerana penantianku berakhir...Bertahunku menunggumu...Untuk mencurahkan 'rasa' ini padamu...Lama kusimpan 'ia' di sudut hatiku...Hingga 'ia' telah mekar mewangi menjadi tugu dijiwa ku...SAYANG...Waktu itu aku ikhlas mengatakannya...Waktu itu aku sungguh meluahkannya...Waktu itu aku serius melafazkannya...Waktu itu juga, aku pasrah kepadaNya...Waktu itu juga, aku berserah kepadaNya...Waktu itu juga, aku bertawakal kepadaNya...Kerna aku sedar...Semua ini adalah kehendakNya...Semua ini adalah ketentuanNya...Dan akhirnya...SAYANG...Kau realitikan mimpi ngeriku dulu...Kau ucapkan kata yang tidak sanggup ku dengar...Kau lafazkan sesuatu yang melukakan...SAYANG...Tidak pernah ku menduga begini akhirnya...Tidak pernah ku bayangkan begini noktahnya...Tidak pernah aku angankan begini kisahnya...Namun...SAYANG...Usah kau bimbang...Walaupun akhirnya menghiris kalbu ku...Walaupun noktah ini takdirnya cacat...Walaupun kisah kita menjadi crita sedih...Aku takkan putus asa untuk meneruskan hidup ini...Untuk menunaikan amanah sebagai khalifah Allah yang bertakwa...Kerna aku sedar..hidup ini tidak seperti novel cinta...Yang akhirnya, uda dan dara pastikan bersama...SAYANG...Tidak pernah ku anggap penantianku dulu sia-sia...Tidak pernah aku terlintas untuk aku menyesal...Tidak pernah aku terniat untuk membencimu...Kerna ku tahu...Dia tahu mana yang baik untukku...Semua ini adalah ketentuanNya...SAYANG...Kini rasaku lain dari yang dulu...Hatiku sebak bila mengenangkanmu...Hatiku pilu bila merinduimu...Rasa itu telah menyanyat kalbuku...HAri-hari yang berlalu bagaikan tiada ertinya lagi bagi diriku...Tetapi AlHamDuLiLLaH...Allah tetap tidak meninggalkanku sendiri...Semakin hari semakin aku dapat menerima...Bahawa...kau bukan insan 'itu'...'Insan' yang ku pinjam tulang rusuknya...'Insan' yang akan bersama-samaku...Dalam mencari cahaya Ilahi...
NuKiLan,
-Puteri Hang Li POO*9.45am*07/11/2004-
17/01/208(kHaMis)8.36am-kat G4d-011,TDI

Tiada Lagi Nama Mu

Kini, terpaksaku terima Bahawa*Kau bebar-benar tidak akan menjadi milikku...tidak akan sesekali*Kerna, telah ada insan lain disampingmu sebagai kekasihmu*Kini, terpaksa ku percaya, Bahwa*Kau bukan dicipta buatku***Selepas hari itu*Aku masih mengharapkanmu...walaupun sudah ke dengar berita bakal penyatuanmu*Aku pun tidak tahu mengapa*Selepas hari itu*Aku mengharapkan sesuatu kebetulan...namun***Tibalah tanggal 3 December 2005*Kau benar-benar bersatu*Dulu ku tekad mahu menyaksikan persandinganmu*Dulu ku fikir,aku wanita kuat...kuat mengahdapinya*Rupa-rupanya tidak...aku lemah sayang...aku lemah*Aku lari dari daerah ini*Bukan tidak restu sayang...Bukan*Aku bukan insan seperti itu*Tapi aku hanya mahu pergi mencari kekuatan diri yg hampir mahu hilang***Usah kau bimbang sayang...tidak ada kesumat dihatiku*Maafkan aku jika aku pernah membebankan fikiranmu*Bukan itu maksudku*Malah harusnya aku mengenang budimu...terima kasih sayang*Kerna mu aku berada disini hari ini*Sungguh pun kau tidak sesekali pernah menghadiahkan kata semangat buatku berjaya*Tetapi itulah kebenarannya*Cintaku padamulah yang membakar semangat ku***Kini, tiada lagi namamu dalam setiap langkahku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap keputusanku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap pilihanku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap nafasku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap degup jantungku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap getar kalbuku*Dan yang pasti...Akan tiada lagi namamu dalam hatiku....(",)NukiLan,-Puteri Hang Li Poo-17/01/2008(kHamis)9.13am,G4D-011,TDI