Monday, April 19, 2010
Tiada Lagi Nama Mu
Kini, terpaksaku terima Bahawa*Kau bebar-benar tidak akan menjadi milikku...tidak akan sesekali*Kerna, telah ada insan lain disampingmu sebagai kekasihmu*Kini, terpaksa ku percaya, Bahwa*Kau bukan dicipta buatku***Selepas hari itu*Aku masih mengharapkanmu...walaupun sudah ke dengar berita bakal penyatuanmu*Aku pun tidak tahu mengapa*Selepas hari itu*Aku mengharapkan sesuatu kebetulan...namun***Tibalah tanggal 3 December 2005*Kau benar-benar bersatu*Dulu ku tekad mahu menyaksikan persandinganmu*Dulu ku fikir,aku wanita kuat...kuat mengahdapinya*Rupa-rupanya tidak...aku lemah sayang...aku lemah*Aku lari dari daerah ini*Bukan tidak restu sayang...Bukan*Aku bukan insan seperti itu*Tapi aku hanya mahu pergi mencari kekuatan diri yg hampir mahu hilang***Usah kau bimbang sayang...tidak ada kesumat dihatiku*Maafkan aku jika aku pernah membebankan fikiranmu*Bukan itu maksudku*Malah harusnya aku mengenang budimu...terima kasih sayang*Kerna mu aku berada disini hari ini*Sungguh pun kau tidak sesekali pernah menghadiahkan kata semangat buatku berjaya*Tetapi itulah kebenarannya*Cintaku padamulah yang membakar semangat ku***Kini, tiada lagi namamu dalam setiap langkahku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap keputusanku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap pilihanku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap nafasku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap degup jantungku*Kini, tiada lagi namamu dalam setiap getar kalbuku*Dan yang pasti...Akan tiada lagi namamu dalam hatiku....(",)NukiLan,-Puteri Hang Li Poo-17/01/2008(kHamis)9.13am,G4D-011,TDI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment